AYAT 1-5
1. Para penderhaka dicabut nyawanya dengan paksa kerana saat itu dia telah sedar akan kesudahan buruk yang menantinya. Berbeza dengan orang mukmin yang diperlakukan dengan lemah lembut oleh malaikat.
2. Malaikat mencabut nyawa bukan hanya satu, tetapi mereka adalah kelompok yang dipimpin oleh satu malaikat, yang dalam satu riwayat bernama 'Izra'il.
3. Malaikat-malaikat adalah makhluk yang ditugaskan Allah menangani aneka kegiatan dan mereka melakukannya dengan sangat sempurna. Makna ini difahami dari penyebutan kelompok-kelompok mereka secara berdiri sendiri.
4. Para Malaikat adalah pengatur segala urusan. Ini tidak bertentangan dengan kuasa Allah yang mutlak. Ia dapat diumpamakan dengan tulisan yang ditulis seseorang. Anda dapat berkata bahawa yang menulisnya adalah pena. Sebenarnya sebab yang berada dibalik pena adalah ibu jari dan jari telunjuk yang memegang pena.
Selanjutnya, kedua jari itu bergerak kerana gerakannya pergelangan. Pergelangan bergerak sesuai dengan perintah otak untuk menulis. Tetapi pergerakan manusia dan perintah otak diarahkan malaikat, sedang malaikat tidak dapat melakukan tugasnya tanpa perintah Allah SWT.
AYAT 6-9
1. Kiamat tidak hanya memusnahkan planet bumi dan segala isinya, tetapi memusnahkan seluruh alam raya. Boleh jadi kerana sistem yang mengatur keseimbangan planet-planet dihancurkan Allah.
2. Para penderhaka akan merasa sangat takut, tertunduk dan hina. Sedang orang-orang mukmin terhindar dari rasa takut yang besar itu.
AYAT 10-14
1. Salah satu dalih mereka yang menolak adanya kebangkitan manusia setelah kematian adalah mustahil. Menurut mereka jasad yang telah punah tidak dapat dipulihkan kembali. Mereka lupa bahawa jasad itu suatu ketika pernah tidak wujud sama sekali, namun sang penolak ketika menolaknya menyedari wujudnya. Kalau dulu ia tidak wujud, lalu wujud, maka akan tentu lebih mudah dalam logik manusia kerana mewujudkan sesuatu yang pernah wujud dan sisa-sisanya pun ada dibandingkan dengan sesuatu yang tidak wujud sama sekali.